Tonton Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-3 2017 Secara Live

Tonton Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-3 2017 Secara Live

Siapa tengok Maharaja Lawak Mega 2017 minggu ke-3 semalam? Best tak? Siapa lanun lawak kegemaran korang? Wow! banyaknya soalan. Yang pasti semalam setiap lanun-lanun lawak membuat persembahan mereka yang terbaik malam semalam. Malam semalam jugalah first aku tengok Maharaja Lawak Mega 2017 secara live di Royal Theater Shah Alam bersama kawan-kawan yang datang dari Port Dickson.

Dari awal lagi sebenarnya tak ada perancangan untuk pergi tengok live. Dua hari sebelum tu, ada seorang member aku ni tiba-tiba menyatakan hasrat nak pergi tengok live sebagai tanda sokongan kami kepada XOXO (sebenarnya nak tengok Neelofa). Salah seorang dari team member XOXO iaitu Chot XOXO adalah kawan kami. So, ini adalah pengalaman berharga buat kami berlapan semalam untuk menunjukkan sokongan padu kepada dia.

Usai habis kerja tepat pukul 6.00 petang, aku terus menuju ke Shah Alam dari Damansara Perdana untuk ambil tiket dulu. Lima orang member aku bergerak lewat sedikit dari Port Dickson sebab ada yang belum lagi habis bekerja. Seorang lagi bergerak dari Puchong sambil tunggu wife dia habis kerja. Waktu tu memang agak rushing masuk ke dalam dewan theater dan kami terpaksa duduk berasingan.

Lanun Lawak XOXO - Maharaja Lawak Mega 2017

Tonton Maharaja Lawak Mega 2017 Live

Malam tu memang aku all-out dan kerah segala tenaga yang ada untuk jerit kawa-kaw. Tapi apakan daya, jeritan aku disekat disebabkan sakit tekak minggu lepas yang tak sembuh lagi. Fuh, belum pernah lagi aku menggila macam semalam. Tengok bola kat stadium pun behave je. Member yang lain, semuanya dah lemau sebab keletihan. Mana tak nya, balik kerja dari Port Dickson terus bergerak ke Shah Alam dalam keadaan perut kosong dan haus.

Tengok live memang sangat berbeza dengan tengok TV di rumah. So, memang pengalaman berharga. Kerana apa? Kerana boleh tahu proses keseluruhan bagaimana program siaran langsung dijalankan. Mungkin next week boleh dipertimbangkan untuk pergi lagi.

3 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama