Bagaimana Downgrade iOS 11 ke iOS 10.3.3 Menggunakan iTunes

Bagaimana Downgrade iOS 11 ke iOS 10.3.3 Menggunakan iTunes

Sistem operasi iOS 11 telah pun dilancarkan oleh Apple dan nampaknya telah menarik ramai pengguna sedia ada untuk mengemaskini peranti mereka. Sedia maklum, iOS 11 hanya 'compatible' untuk peranti iPhone 5s dan ke atas. Maaf pada mereka yang menggunakan iPhone 5, iPhone 5C dan ke bawah, tiada kemaskini untuk peranti korang. Ianya berhenti pada iOS 10.3.3.

iOS 11 telah diperhalusi dengan menyediakan ciri-ciri tambahan yang membuat pengguna iPhone 5 dan kebawah menggigit jari apabila melihatnya. Terutamanya pada 'control centre' yang nampak lebih menarik dan menggoda. Tetapi harus di ingat, iOS 11 yang telah dikeluarkan untuk dikemaskini bukan lagi pada tahap 100% sempurna, pengguna iPhone mungkin bakal menerima kemaskini seterusnya untuk memperbaiki 'bug' yang ada.

Berdasarkan pengalaman aku (adik aku) mengemaskini iOS 11 kelmarin, iPhone 5s dia telah mengalami masalah yang kronik iaitu telefon kerap 'restart' dengan sendirinya. Besar kemungkinan juga, ada sesetengah pengguna iPhone akan mengalami masalah bateri cepat habis, skrin sesentuh tidak berfungsi dan sebagainya. Jika korang mempunyai masalah yang kronik dan ingin 'downgrade' semula ke iOS versi sebelumnya, jom kita lihat cara dibawah untuk proses 'downgrade'

Baca juga: Kemaskini iOS 11 Bawa Masalah Pada iPhone 5s


Cara Downgrade iOS 11 ke iOS 10.3.3 Menggunakan iTunes

Cara Downgrade iOS 11 ke iOS 10.3.3 Menggunakan iTunes

Untuk melakukan proses 'downgrade' ke iOS versi sebelumnya, korang perlu mempunyai sebuah laptop atau pun PC yang sudah pun dipasangkan dengan perisian iTunes. Harap maaf tiada cara lain untuk 'downgrade' iOS melainkan menggunakan iTunes. Sebelum melalukan proses 'downgrade' pastikan iPhone mempunyai kapasiti bateri yang mencukupi.

Langkah Pertama
Perkara penting perlu di ingat, pastikan korang sudah pun membuat "backup" sama ada pada iTunes atau iCloud. 

Langkah Kedua
Muat turun sistem operasi iOS versi sebelumnya iaitu iOS 10.3.3 melalui laman web ini - IPSW Downloads. Pilih pada jenis iPhone korang dan pilih jenis fail IPSW sama ada Global atau GSM. 

IPSW Download - iPhone Firmware

Bagaimana untuk mengetahui sama ada korang punya jenis model Global atau GSM. Sila pergi ke Settings > General > Regulatory. Sila lihat pada nombor model iPhone. Contoh : A1429 (Global). 

Jenis Model iPhone

Untuk mengetahui lebih lagi tentang jenis model iPhone korang Global atau GSM, boleh rujuk "Identify your iPhone model" dan klik pada "See the tech specs for iPhone [jenis iPhone]".

Kenalpasti model iPhone anda
Langkah Ketiga
Selesai muat-turun fail IPSW. Seterusnya nyahaktifkan tetapan "Find my iPhone". Pergi ke Settings > iCloud > Find My iPhone/iPad/iPod touch > Turn it off.

Langkah Keempat
Untuk melakukan langkah seterusnya iPhone akan diletakkan pada "DFU Mode". Iaitu dengan cara seperti di bawah ini.
  1. Buka iTunes pada komputer dan sambungkan iPhone ke komputer.
  2. Padamkan atau matikan iPhone.
  3. Selepas iPhone dimatikan. Tekan butang "Home" dan butang "Power" dengan serentak. Sejurus logo Apple dipaparkan, lepaskan butang "Power" dan jangan lepaskan butang "Home" sehingga nampak paparan  "Connect to iTunes".

iPhone Dalam Keadaan DFU Mode

Paparan "Connect to iTunes"

Langkah Kelima
Lihat pada iTunes, paparan "iPhone Recovery Mode" akan muncul. Klik pada "Restore iPhone" dan pada masa yang sama tekan butang "Shift" pada keyboard. Korang akan diminta untuk memilih fail IPWS yang sudah pun dimuat turun. Selepas itu klik pada "Update and Restore" untuk memulakan proses "downgrade".

Semasa dalam proses "restore", pastikan wayar tidak ditanggalkan dan tunggu sehingga proses "downgrade" tamat. Selepas sahaja selesai proses tersebut, korang boleh buat tetapan kembali pada asal dan lakukan proses "restore" segala data yang ada menggunakan iTunes atau iCloud.full-width

4 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. ramai juga yg mengalami masalah lepas upgrade.

    BalasPadam
  2. ada juga keburukan apabila upgrade sistem tersebut..

    biasa la ..

    tiada yang sempurna

    BalasPadam
  3. Maybe tak berapa buruk. Ada sesetangah iPhone mungkin terdapatnya bug pada iOS 11. Mungkin bakal ada kemaskini yang baru agaknya. Mostly untuk model iPhone 5s dan 6 rasanya.

    BalasPadam
  4. Ye nik. Bila datang ke kedai haritu, technician sendiri cakap ramai iphone 5s dan 6 user yang ada problem bila update. Masa tengah dok repair tu pun ada juga dua tiga orang yang mengadu benda yang sama. Mostly bukan major problem macam phone adik sy ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama