Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Internal Hard Disk Dikenalpasti Sebagai "Removable Devices"


Internal hard disk yang dikenalpasti sebagai "removable devices" mempunyai potensi dimana korang boleh "eject" atau "remove" internal hard disk secara tidak sengaja. Bayangkan jika hard disk yang korang klik untuk "remove" tadi adalah storan sistem operasi. Mungkin akan membuatkan laptop atau PC terkeluar atau "error" akan berlaku.

Setelah dikenalpasti perkara ini berlaku pada sistem operasi Windows 10. Baru-baru ini sahaja apabila aku membuat kemaskini Windows 10 yang terbaru, internal hard disk sekali ditunjukkan sebagai "removable devices" dan ianya boleh di "eject". Perkara ini boleh terjadi sekiranya "SATA Controller" telah disetkan kepada "AHCI". Memang secara "default" SATA Controller telah disetkan kepada "AHCI". Perkara ini hanya terjadi pada mereka yang menggunakan papan induk yang mempunyai "Intel Chipset" sahaja.

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Internal Hard Disk Dikenalpasti sebagai "Removable Devices"

Lihat saja pada di atas, ketiga-tiga hard disk dikenalpasti sebagai "removable devices" yang hanya boleh didapati jika kita 'plug-in" pendrive.

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Internal Hard Disk Dikenalpasti sebagai "Removable Devices"

Berdasarkan beberapa forum yang aku baca, terdapat pelbagai cara untuk selesaikan masalah ini. Antaranya ialah dengan setkan SATA Controller kepada IDE dan membuat beberapa konfigurasi pada hard disk properties. Dua cara ini agak sukar untuk dilakukan. Antara jalan penyelesaian yang senang untuk di lakukan ialah dengan memasang "Intel's Rapid Storage Technology driver".

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Internal Hard Disk Dikenalpasti sebagai "Removable Devices"

Pastikan korang memuat turun "Intel's Rapid Storage Technology driver" yang bersesuaian dengan jenis "motherboard chipset". "Intel's Rapid Storage Technology driver" yang telah aku pasang bersesuaian dengan chipset "Sandy Bridge atau 2nd Generation Intel Chipset" yang aku gunakan sekarang.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama