23 April 2017

Adakah Projek Sifar Merokok Sudah Berjaya?


7 bulan sebelum ini, aku boleh dikatakan seorang perokok tegar. Aku mula menjinakkan diri dengan rokok zaman study diploma dulu. Boleh katakan sekeliling aku, kebanyakkan rakan-rakan adalah perokok. Dari situ aku mula cuba-cuba dahulu. Selepas dah mencuba, ianya jadi macam ketagih semacam. So, mulalah perlahan-lahan beli rokok sendiri dan hisap.

Lama-kelamaan aku ada pasang niat untuk berhenti merokok. Paling lama aku berhenti pun masa dalam masa dua minggu saja. Selepas tu mula hisap balik rokok. Banyak kali juga aku cuba untuk berhenti tapi tak juga berjaya. Syukur alhamdulillah sekarang dah hampir masuk 7 bulan aku bebas dari merokok.

Baca juga: Projek Sifar Merokok, Adakah Akan Berjaya?

Cara Aku Berhenti Dari Merokok

Setiap orang ada cara tersendiri untuk berhenti dari merokok. Tengok pada keazaman seseorang tu. Ada kawan-kawan aku yang berhenti terus tanpa sebarang terapi atau ubat. Ada yang juga menggunakan pil NiQuitin dan ada yang juga berhenti merokok secara perlahan-lahan. Itu semua bergantung kepada empunya diri. So, macam mana pula dengan aku?

Aku menggunakan cara yang berlainan iaitu dengan menggantikan rokok dengan vape. Tapi niat aku nak gantikan rokok dengan vape dapat reaksi negatif daripada rakan-rakan. Semua bagitahu yang aku tak akan berjaya kerana ada diantara mereka yang pernah gunakan cara ini tapi tak menjadi.


Misi dan visi aku ialah gantikan rokok dengan vape secara drastik dan kemudian selepas hilang ketagih dari rokok barulah berhenti terus dari hisap vape. Dan aku juga ada sediakan beberapa syarat ketat untuk diri sendiri iaitu bila dah hisap vape jangan cuba-cuba untuk merokok balik dalam pada masa yang sama. Ramai antara kawan-kawan aku tewas disebabkan hisap vape dan merokok pada masa yang sama.

Syarat Yang Patut Dipatuhi Bila Vape Menjadi Pengganti Rokok

Perbelanjaan untuk hisap vape sebenarnya kalau di ikutkan lagi mahal daripada berbelanja untuk merokok jika tak dikawal. Kenapa aku kata sebegitu?

Vape mempunyai bermacam jenis yang dijual di pasaran. Ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Kalau terikut kaki tegar vape memang akan sentiasa akan upgrade mode vape sedia ada. Untuk bahan asap dipanggil 'cecair perasa' atau 'flavour'. 'Flavour pula terdapat bermacam jenis dan harga yang pulak ada yang mencecah beratus ringgit.

Sebagai permulaan aku beli Vape second hand dan memang murah. Kemudian untuk flavour pula aku ambil yang mempunyai nikotina (nikotina ni yang buat orang seperti aku ketagih untuk merokok). Dari segi sukatan nikotina, aku ambil 6mg sebagai permulaan.


Ketinggian kandungan Nikotina pada flavour juga menandakan betapa kerasnya asap yang akan disedut nanti. Mungkin pada yang tak hisap tak tahu macam mana keras yang aku gambarkan ni. Sebagai contoh, paling tinggi kandungan nikotina yang aku ambil ialah 18mg. So, bila sedut asap tekak akan berasa perit.

Ini membuatkan aku jarang-jarang untuk hisap vape. Aku akan hanya hisap bila perlu saja tak macam sebelumnya. Daripada situ juga, ketagihan aku terhadap rokok dan vape mula berkurangan sebenarnya.

Untuk tiga bulan pertama aku kerap juga hisap vape disebabkan masih lagi ada ketagihan untuk merokok. Selepas itu, aku mula jarang-jarang hisap vape sehinggalah sekarang. Aku hanya hisap bila perlu. So, sekarang kalau tak silap, dah hampir seminggu lebih juga aku tak hisap vape. Aku rasa ini adalah satu permulaan yang bagus. Objektif aku untuk gantikan rokok kepada vape sudah pun berjaya. Sekarang objektif kedua ialah terus berhenti dari hisap vape.

Perasaan Aku Selepas Bebas Dari Merokok Selama 7 Bulan

Sekarang jujur aku katakan, aku mula rasa rimas bila ada orang sekeliling yang menghembuskan asap rokok pada aku. Bau busuk tu toksah ceritalah, memang busuk. Sila jangan kecam.

Kalau nampak rokok sekarang dah tak heran. Tapi ada jugalah 'syaiton-syaiton' yang cuba menggoda dan tawarkan rokok tapi pendinding diri dah pun kebal (harap bertahan selamanyalah).

Aku bukan saja dapat jimatkan duit daripada belanja membeli rokok tapi dapat juga selamatkan nyawa orang sekeliling aku terutama bila aku tidak merokok. Orang yang menghidu bau rokok sebenarnya mempunyai risiko tinggi daripada perokok.


Apa yang aku cuba nak sampaikan ni sebenarnya bukanlah nak mengajak korang diluar sana untuk terjebak dengan vape. Tapi aku cuma untuk menyampaikan macam mana aku boleh bebas dari merokok mengikut cara aku sendiri. Korang diluar sana terutama pada perokok yang ingin berhenti, berhenti dengan cara korang sendiri. Yang penting objektif untuk berhenti merokok tercapai.

Kalau nak merokok di tempat awam, jadilah seorang perokok yang 'educated'. Sedut asap jangan bagi hembus dekat orang lain terutama pada budak kecil. Sedut asap tu jangan sampai terkeluar ok.

Jadi, adakah projek sifar merokok sudah berjaya? Sama-sama kita harapkan yang terbaik. InsyaAllah.

17 April 2017

Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

Mari kita memeriahkan lagi segmen yang kali pertama dianjurkan oleh Mrs. PIP pemilik blog 'Emphi Yap's Blog'. Syarat pernyertaan sangat mudah. Apa tunggu lagi, tak kan nak tengok saja. Jomlah join sekaki.

Syarat Penyertaan
  1. Follow blog Emphi Yaps' Blog
  2. Follow Google+ Mrs. Pip
  3. Buat entri bertajuk "Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'" dan copy banner ke dalam entri anda dan backlink kan ke blog Mrs Pip.

Apa Yang Korang Dapat Bila Join Segmen 'I am Bloglisted By Mrs. Pip'?
  • 15 rakan blogger yang bertuah akan disenaraikan dalam bloglist Mrs. Pip sepanjang bulan Mei - Jun 2017.
  • Jika segmen ini mendapat sambutan melebihi 30 penyertaan, 2 pemenang bertuah akan menerima hadiah misteri.
  • Pemilihan adalah berdasarkan 'cabutan kotak rahsia' dan pemilihan adalah muktamad.

Bila Tarikh Tamat Penyertaan dan Tarikh Pengumumam?
  • Segment berlangsung bermula 17 April 2017 sehingga 30 April 2017 dan akan tamat pada pukul 8.00 malam.
  • Pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2017.

Kesihatan Diri Yang Semakin Merosot

Kesihatan Diri Yang Semakin Merosot

Kalau korang perasan, semenjak dua menjak ni aku giat aktif menulis dan post entri (kalau perasanlah). Dalam sehari boleh dapat dua artikel (entri). Selalunya hujung minggu baru boleh nak menulis. Itu pun tak berapa nak konsisten sangat.

Sekarang ni musim hujan dan juga musim orang sakit (demam). Aku antara salah seorang yang menghidap penyakit demam ini. Termasuk hari ini, dah tiga hari aku demam, batuk, selesema, nak muntah dan lesu (tak termasuk hari sabtu dan ahad). Aku mula ambil MC bermula hari Khamis minggu lepas.

Hari Rabu minggu lepas sebenarnya aku dah mula tak rasa selesa masa dekat ofis. Tekak pun dah lain macam. Badan pula tiba-tiba rasa seram sejuk. Tapi aku gagahkan juga pergi ke ofis dengan motorsikal sejauh 98km. Pagi hari elok lagi, dah masuk tengahari badan aku dah mula tunjuk belang. Memang slow aku buat kerja hari tu.

Masuk pagi Khamis, bila nak bangun dan nak siap pergi kerja. Badan aku terus rasa lesu dan kaki pun tak larat nak berjalan. Aku ambil keputusan untuk tak teruskan niat aku pergi kerja. Dengan keadaan aku macam tu nak tunggang motor tempat kerja yang jauh nun disana, memang bahaya.

Baca juga: Jangan Abaikan Kecederaan Kecil Ketika Bersukan

Kerap Demam dan Badan Lesu

Dua minggu lepas pun aku terpaksa juga ambil cuti disebabkan badan terlalu lesu. Demam? Toksah cerita, ikutkan setiap minggu aku demam kalau ikutkan cuaca sekarang ni. Tapi tak sehebat demam minggu ni lah.

Bila jatuh sakit, ada satu klinik ni aku suka sangat pergi disebabkan doktor dia yang peramah. Bukan setakat peramah tapi penuh dengan nasihat kalau pergi buat check-up. Ada sesetengah klinik aku pergi, kebiasaannya tanya kita punya sakit pastu tanya nak MC ke tidak. Itu paling aku tak suka.

Macam klinik yang aku pergi ni, aku banyak minta nasihat untuk jaga kesihatan aku (minta nasihat tapi tak ikut pun). Contoh macam punca badan aku lesu. Doktor akan tanya apa benda yang aku buat sampai jadi lesu, aktiviti mingguan, cara pemakanan dan macam-macam lagi. Daripada situ dia boleh bagi nasihat apa yang patut selain dari makan ubat.

Kes aku badan lesu, sudah tentu berpunca dari travel jarak jauh. Bukan tu saja, faktor pemakanan, tidur lewat, dan tak buat senaman adalah punca-punca yang terjadinya badan cepat lesu. Inilah faktor-faktor yang aku sendiri tak ambil endah sebenarnya.

A post shared by محمد ريزايرا (@jiarizaira) on

Jadi aku kena beringat setiap masa tentang perkara ni dan tanamkan dalam otak untuk terus kekalkan tahap kesihatan diri sendiri. Ubat hanyalah salah satu jalan untuk jangka masa pendek sahaja. Faktor pemakanan, rehat yang cukup, dan senamam adalah perkara paling penting untuk kita buat dalam kehidupan seharian. Cegah dahulu sebelum merubat!

16 April 2017

Cara Aktifkan 'Youtube Dark Mode'

Cara Aktifkan 'Youtube Dark Mode'

Aku ada kongsikan cara untuk menggelapkan kawasan sekeliling video Youtube menggunakan Turn Off The Light plugin. Yang mana kita boleh memfokuskan mata kita hanya untuk video tanpa ada gangguan benda lain disekelilingnya. Bukan itu saja, ianya dapat mengelakkan kita daripada terdedah terlalu lama dengan 'Blue Light Effect' dan membuatkan kita sukar tidur malam.

Baca juga: Turn Off The Lights: Tonton Video Youtube Dalam Keadaan 'Night Mode'

Baru-baru ini juga, Microsoft telah mengeluarkan kemaskini terbaru iaitu Windows 10 Creators Update dan telah memperkenalkan fungsi 'Night Light'. Ciri 'Night Light' yang diterapkan pada Windows 10 amatlah bagus sekali. Jika kita masih lagi menggunakan komputer pada waktu malam. Mengaktifkan 'Night Light' dapat mengurangkan paparan cahaya biru. Nak tahu lebih lanjut berkenaan 'Blue Light Effect' pada kesihatan kita, silah baca artikel ini : What are the effects of blue light exposure on our health?

Baca juga: Apa Yang Menarik Tentang Windows 10 Creators Update


Cara Aktifkan 'Youtube Dark Mode'

Youtube Dark Mode ini sebenarnya adalah hasil perkongsian ahli Reddit yang menggunakan nama -paul-. Cara untuk mengaktifkan fungsi Dark Mode ini hanya boleh digunapakai untuk browser Google Chrome version 57 saja.

1. Buka browser Google Chrome dan pilih Developer Tools (Gunakan keyboard shortcut: Ctrl + Shift + I). Pada paparan Developer Tools, klik pada Console. Copy code dibawah dan paste dan tekan Enter.

document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=fPQ4jCL6EiE"

Cara Aktifkan 'Youtube Dark Mode'

2. Tutup paparan Console dan refresh laman web Youtube.com.

3. Selepas selesai refresh laman web Youtube.com, klik pada ikon Avatar korang di sebelah atas sisi kanan browser.

Cara Aktifkan 'Youtube Dark Mode'

4. Klik pada Dark Mode dan aktifkannya.

Cara Aktifkan 'Youtube Dark Mode'

So korang bolehlah aktif dan nyah-aktifkan fungsi 'Dark Mode' bila-bila masa saja ikut kesesuaian korang. Tapi kalau korang perasan, antaramuka (interface) Youtube sebelum ini berubah sedikit jika nak dibandingkan sebelum ini. Harap tips kali ini memudahkan korang untuk tengok video pada waktu malam tanpa memberi efek silau pada mata.

Nota: Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.

Smartphone EXMobile Ola Edisi Johor Darul Takzim FC

Smartphone EXmobile Ola Edisi Johor Darul Takzim FC (JDT)

Nampaknya Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi mengejutkan orang ramai khususnya buat peminat sukan bola sepak pada 15 April 2017. Southern Tigers Sdn. Bhd. hasil kerjasama bersama EXMobile telah melancarkan smartphone yang dinamakan sebagai OLA. Ini adalah produk smartphone pertama untuk JDT.

Smartphone 'Ola' ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Black Matter Special Edition dan White Rose Gold Special Edition. Dari segi rekabentuk kedua-dua warna pilihan berbentuk bulat (well-rounded). Dari segi spesifikasi bagi dua pilihan warna adalah sama dengan dilengkapi oleh skrin 5" IPS paparan HD. Selain itu, Ola juga turut dilengkapi dengan 16GB ruang storan (upgradeable) dengan kad memori SD 32GB.

Spesifikasi EXMobile Ola Edisi JDT FC

Kamera utama Ola sebesar 8 Mega Pixels manakala kamera hadapan pula sebesar 5 Mega Pixels. Peranti ini dikuasakan dengan 2000 mAH kapasiti bateri. Sistem operasi pula, EXmobile Ola menggunakan Anroid 6.0 Marshmallow. Yang lebih menarik lagi, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Infografik Spesifikasi EXMobile Ola Edisi JDT

Kedua-dua telefon pintar tersebut mempunyai integrasi sepenuhnya dan akses terus ke platfrom digital rasmi Southern Tigers. OLA membenarkan penyokong untuk memilih latar belakang 'Home' atau 'Lock Screen' bertemakan Kelab Bolasepak JDT yang direka khas dan akan dimuat-naik dari semasa ke semasa.
oleh Johor Southern Tigers

Penjualan EXMobile Ola Edisi JDT

Buat peminat pasukan Kelab Bolasepak JDT boleh dapatkannya di semua cawangan EXMobile di seluruh Malaysia. Kedua-dua peranti ini dijual dengan harga RM 599. Selain itu, peranti juga dijual di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin buat mereka yang tinggal berdekatan dengan stadium bermula pada 15 April 2017.

SUMBER: JOHORSOUTHERNTIGERS.COM.MY

15 April 2017

Apa Yang Menarik Tentang Windows 10 Creators Update

Apa Yang Menarik Tentang Windows 10 Creators Update

Windows 10 Creators Update adalah kemaskini terbaru untuk Windows 10. Pada 11 April 2017, pengguna Windows 10 boleh melakukan kemaskini melalui Windows Updates. Bagaimana ada sesetengah pengguna sudah pun boleh melakukan kemaskini menggunakan Windows 10 Upgrade Assistant sebelum pelancaran rasmi kemaskini terbaru.

Setakat ini, selepas sahaja selesai mengemaskini versi Windows 10 sedia ada kepada Windows 10 Creator Update terdapat banyak perubahan dan penambahbaikan antaranya ialah Start Menu, Night Light, Microsoft Edge, Game Mode dan sebagainya. 

Bagi mereka yang ingin melakukan proses kemaskini Windows 10 Creators Update dinasihatkan untuk menggunakan sambungan internet yang laju. Bayangkan dengan internet di rumah aku hanya 2 Mbps proses kemaskini mengambil masa setengah hari. 

Ciri-ciri Terbaru Windows 10 Creators Update

Kemaskini yang terbaru ini, seperti yang aku katakan tadi mempunyai beberapa penambahbaikan pada Start Menu dan lain-lain. Jom kita lihat ciri-ciri terbaru yang ada pada Windows 10 Creators Update.

1. Windows 10 Start Menu

Windows 10 Creators Update: Start Menu

Windows 10 Start Menu sekali lagi mempunyai beberapa perubahan. Sebelum ini, Start Menu memaparkan 'Live Tile' dan 'App List'. Untuk kemasikini kali ini, pengguna boleh menyorokkan (hidden) 'App List' disebelah kiri 'Live Tile'. Start Menu hanya akan memaparkan 'Live Tile' yang telah dipinkan. Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu pergi ke All Setting > Personalization > Start. Seterusnya klik pada 'Show app list in Start Menu'.

Sebelum terlupa, App List sebenarnya bukan disorokkan tetapi Start Menu memaparkannya secara berasingan antara App List dan juga Live Tile. Klik sahaja pada ikon ketiga disebelah kiri Start Menu. App List akan dipaparkan.

Windows 10 Creators Update New Start Menu

Disabled App List on Start Menu

Disabled App List on Start Menu

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh membuat folder untuk setiap Live Tile yang ada untuk digabungkan ke dalam satu folder. Dengan ciri ini, Live Tile yang ada boleh disusun dengan kemas mengikut kategori.

2. Windows 10 Themes

Windows Store Themes
Sebelum ini, kemudahan untuk menukar 'Themes' tiada pada modern interface. Dengan kemaskini Windows 10 Creators Update juga, pengguna tidak perlu lagi ke laman web Microsoft untuk memuat-turun tema. 'Themes' boleh dimuat-turun melalui Windows Store. Walau bagaimanapun, tema yang ada belum lagi banyak.


3. Night Light

Windows 10 Night Light

Jika korang pernah menggunakan third-party-software seperti Flux, korang patut uninstall nya sekarang kerana kemaskini Windows 10 Creators Update telah menambah fungsi seperti 'Night Light'. Night Light berfungsi untuk mengurangkan paparan cahaya biru. Tidak bagus sebenarnya jika mata kita terdedah terlalu lama dengan paparan cahaya biru khusus untuk waktu malam. Boleh mengganggu waktu tidur kita.

4. Game Mode

Windows 10 Game Mode

Windows 10 versi 1703 hasil kemaskini Windows 10 Creators Update adalah sangat sesuai diguna pakai buat para kaki game diluar sana. Dengan adanya ciri Game Mode ini, sistem operasi akan memfokus memberi performance yang paling utama untuk game yang dimainkan. 

Bukan itu sahaja, ciri Game Mode juga memudahkan pemain untuk broadcast game yang dimainkan tanpa perlu memasang third-party-software.

5. Windows Overlay Mode

Windows Overlay Mode

Selain daripada Windows Media Player, Windows 10 mempunyai aplikasinya tersendiri iaitu aplikasi 
Movies & TV. Kali ini aplikasi Movies & TV bukan sahaja bukan digunakan untuk memainkan video dengan skrin besar tapi juga berfungsi sebagai Windows Overlay Mode.

Windows Overlay Mode adalah salah satu fungsi dimana pemain video (Movies & TV) dipaparkan secara Picture-In-Picture pada paparan window kecil dan terapung.


Kesimpulan Tentang Windows 10 Creators Update

Secara amnya, aku amat berpuas hati dengan kemaskini terbaru yang dilancarkan oleh pihak Microsoft. Dari awal pengenalan Windows 10 sehingga sekarang menampakkan Microsoft akan melakukan penambahbaikan secara berperingkat. Ini juga bermakna Microsoft akan mengabaikan kemaskini sistem operasi sebelumnya dan hanya fokus untuk membangunkan Windows 10. 

Pada korang yang sudah pun memiliki Windows 10, jangan lupa untuk periksa Windows Update jikalau ada notifikasi pemberitahuan untuk mengemaskini Windows 10 korang melalui Windows 10 Creators Update.


SUMBER: BLOGS.WINDOWS.COM