Cara Ubah Lokasi 'Default Download' Browser Google Chrome Kepada Folder Tertentu

- Selasa, Mei 09, 2017
Cara Ubah Lokasi 'Default Download' Browser Google Chrome Kepada Folder Tertentu

Kebanyakan daripada kita lebih memilih untuk menggunakan browser Google Chrome berbanding dengan Mozilla Firefox, Opera, dan Microsoft Edge. Google Chrome cukup popular kerana kepantasannya (walaupun pada hakikatnya Microsoft Edge sudah menewaskan Google Chrome).

Kali ini aku nak memfokuskan kepada 'default download' folder pada Google Chrome. Secara default, setiap file yang dimuat-turun akan di simpan ke dalam folder khusus iaitu folder 'Downloads' (kecuali kalau menggunakan third-party-software seperti Internet Download Manager). Bayangkan korang memuat-turun pelbagai jenis file seperti muzik, video, dokumen dan sebagainya, ke semua file yang di simpan nampak agak serabut dan tidak tersusun.

Bagi korang yang ingin menampakkan file yang dimuat-turun secara berasingan dan lebih tersusun dalam folder tertentu, silalah ikuti cara di bawah ini.

Cara Ubah Lokasi 'Default Download' Browser Google Chrome Kepada Folder Tertentu

Pertama sekali apa yang perlu korang lakukan ialah buat dahulu folder seperti Music, Documents, Pictures, Videos dan sebagainya (mengikut kreativiti dan citarasa korang) di dalam folder Downloads.

Cara Ubah Lokasi 'Default Download' Browser Google Chrome Kepada Folder Tertentu

Selesai buat folder, buka Google Chrome dan klik pada tiga dot yang berada di penjuru kanan atas. Pilih 'Settings'.

Cara Ubah Lokasi 'Default Download' Browser Google Chrome Kepada Folder Tertentu


Selepas itu, klik pada 'Show advanced settings'. Pergi ke Downloads Settings dan tick pada 'Ask where to save each file before downloading'.

Cara Ubah Lokasi 'Default Download' Browser Google Chrome Kepada Folder Tertentu

Cara Ubah Lokasi 'Default Download' Browser Google Chrome Kepada Folder Tertentu

Dengan cara ini setiap kali muat-turun, korang akan diberitahu untuk memilih folder mana yang perlu korang pilih untuk menyimpan file yang akan di muat-turun nanti. Bukan sahaja dalam folder 'Downloads', mana-mana folder pun boleh.
Advertisement

1 Komen:

avatar

hi, saya datang singgah sini follow awak.. salam kenal :)

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search